Bengkel asas AI
Cara guna pembantu AI dengan betul untuk belajar, membaca dan menulis.
Mula meneroka
Maklumat sesi
Doa sebelum belajar
اللَّهُمَّ عَلِّمْنَا مَا يَنْفَعُنَا، وَانْفَعْنَا بِمَا عَلَّمْتَنَا، وَزِدْنَا عِلْمًا
Ya Allah, ajarkanlah kami ilmu yang bermanfaat, berilah manfaat daripada apa yang Engkau ajarkan kepada kami, dan tambahkanlah ilmu kepada kami.
O Allah, let us learn what would benefit us, benefit us from what we learn, and increase us in knowledge.
Kelebihan menuntut ilmu
مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا، سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ
Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya dengan sebab itu jalan menuju ke syurga.
Whoever follows a path to seek knowledge therein, Allah will make easy for him a path to Paradise.
Riwayat Muslim
Biodata penyampai
Bermula sebagai jurutera, kemudian lebih 16 tahun mengajar Sains dan Teknologi di Sekolah Kebangsaan Bunut Susu, sambil membangunkan sistem dan menganalisis data untuk syarikat teknologi tempatan. Kini menjalankan kajian analitik ramalan laluan pengajian lepasan sekolah menengah.
AI dalam pendidikan, analitik data raya, machine learning, deep learning, analitik ramalan, explainable AI
PhD in Computing (AI), UMK (sedang berjalan)
Master of Information Technology, Universiti Malaya
Diploma Pendidikan (Sains), Institut Perguruan Teknik
B.Sc. (Hons.) UKM
Penganalisis data, SecurePay Sdn Bhd
Penyelidik DNS RPZ, DNSVault Sdn Bhd
Pembangun sistem, Localhost Sdn Bhd
2026Comprehensive review: predictive analysis in study pathways
2026Study pathways prediction, hybrid ML (IJIC)
2025Academic pathway predictions (AIP Conf. Proc.)
2025Career-driven academic pathways (IEEE)
Asas AI
Bidang sains komputer yang membina sistem untuk membuat kerja yang biasanya memerlukan kecerdasan manusia: faham bahasa, kenal imej dan buat keputusan.
Google Maps, cadangan video YouTube, penapis spam, buka telefon dengan wajah.
AI hari ini pandai dalam tugasan tertentu sahaja. Ia tidak "berfikir" seperti manusia.
Asas AI
Belajar daripada data berlabel. Contoh: ramal keputusan peperiksaan.
Cari kumpulan dalam data tanpa label. Contoh: segmen pelanggan.
Belajar melalui cuba jaya dan ganjaran. Contoh: AI bermain catur.
Asas AI
Deep learning ialah sejenis machine learning yang menggunakan rangkaian neural dengan banyak lapisan. Setiap lapisan mengesan corak yang semakin kompleks.
Contoh mengenal wajah: lapisan awal nampak garisan, lapisan tengah nampak mata dan hidung, lapisan akhir kenal wajah siapa.
Data yang sangat besar dan cip GPU yang berkuasa
Pengecaman wajah, terjemahan, kereta pandu sendiri, chatbot
Asas AI
Asas AI
Sam Altman, Greg Brockman, Ilya Sutskever dan rakan
Dario Amodei dan Daniela Amodei, bekas penyelidik OpenAI
Demis Hassabis (DeepMind, 2010). Google: Larry Page dan Sergey Brin
Mark Zuckerberg. Llama terkenal sebagai model terbuka
Elon Musk. Disepadukan dengan platform X
Liang Wenfeng. Model terbuka berkos rendah
Versi model berubah setiap beberapa bulan. Maklumat setakat November 2026.
Agenda · 90 minit
Kenali Claude
Claude ialah pembantu AI buatan Anthropic, syarikat AI di Amerika Syarikat. Anda bercakap dengannya dalam bahasa biasa, termasuk Bahasa Melayu.
Fail PDF, Word, slaid, gambar dan data yang anda muat naik
Draf, ringkasan, terjemahan, e-mel dan semakan bahasa
Menerangkan konsep, menyemak hujah, mengira dan menulis kod
01 · Instalasi Claude
Semak nama penerbit: Anthropic PBC. Ada aplikasi tiruan yang guna nama Claude.

02 · Cowork, Claude Code dan CLI
Tanya, muat naik PDF, minta ringkasan. Sesuai untuk kerja harian.
Beri satu tugasan besar dan Claude buat sendiri: baca folder, cari maklumat, hasilkan dokumen siap.
Taip arahan di terminal. Claude baca fail, jalankan kod dan analisis data dalam folder projek anda.
Pasang Claude Code: macOS / Linux
Windows PowerShell
03 · MCP
Standard terbuka yang diperkenalkan Anthropic pada November 2024 untuk menyambung AI kepada aplikasi dan data anda.
Satu cara sambungan yang sama untuk banyak aplikasi. Dalam Claude, sambungan ini dipanggil Connectors (Settings › Connectors).
"Cari dalam Google Drive saya semua draf Bab 2 dan senaraikan rujukan yang belum ada dalam senarai rujukan."
04 · Skills
Skill ialah folder berisi arahan (fail SKILL.md) dan bahan sokongan. Claude buka skill itu sendiri apabila tugasan anda sepadan.
Word, PowerPoint, Excel, PDF
Format tesis universiti, gaya penulisan anda, templat bab
Contoh: skill format tesis UMK
Tambah skill dalam Settings aplikasi Claude, atau minta Claude bantu bina satu untuk anda.
05 · Pengurus rujukan
Contoh prompt
Sahkan setiap DOI di doi.org atau Google Scholar. Jangan minta Claude "carikan rujukan" tanpa sumber.
Bermula
| Free | Pro | |
|---|---|---|
| Kos | Percuma | Sekitar USD20 sebulan |
| Kuota | Had mesej yang ditetapkan semula setiap beberapa jam | Lebih kurang 5 kali ganda kuota Free |
| Ciri | Chat, muat naik fail, carian web, Projects, Artifacts | Semua ciri Free, ditambah akses awal ciri baharu dan model paling berkuasa |
| Sesuai untuk | Kebanyakan pelajar | Pengguna harian, penyelidik, kerja berat |
Mula dengan Free. Naik taraf hanya bila kuota benar-benar tidak cukup.
Bermula
Soalan ringkas, terjemahan cepat, tugasan berulang
Pilihan harian: menulis, meringkas, menerangkan konsep
Analisis mendalam, hujah kompleks, kod yang sukar
Tukar model melalui menu di bawah kotak chat. Versi semasa: generasi 5.5.
Bermula
Ikon klip kertas atau seret fail ke dalam chat
Untuk maklumat terkini, dengan pautan sumber
Folder untuk satu kursus: fail dan arahan tetap
Hasil seperti dokumen, slaid atau carta yang boleh disimpan
Claude boleh ingat maklumat asas anda antara perbualan
Semua perbualan lama di bar sisi, boleh dicari
Menulis prompt
Lemah
Kuat
Menulis prompt
Jawapan pertama jarang sempurna. Balas: "Ringkaskan lagi", "Beri contoh lain", "Guna bahasa lebih mudah".
Tampal contoh format atau gaya yang anda mahu, dan minta Claude ikut.
"Sebelum jawab, tanya saya tiga soalan untuk faham keperluan saya."
Untuk matematik dan logik: "Tunjukkan setiap langkah pengiraan."
DEMO LANGSUNG 2
Muat naik satu PDF, faham isinya, kemudian semak sendiri.
Claude untuk kerja kursus
Contoh arahan tetap
Claude untuk kerja kursus
Minta penerangan dengan analogi dan contoh tempatan
"Uji saya 10 soalan objektif dari nota ini"
Tatabahasa, aliran hujah, kejelasan ayat
Jadual ulang kaji ikut tarikh peperiksaan
Tampal ralat dan minta penjelasan, bukan jawapan terus
Latihan soal jawab untuk latihan industri
Had dan risiko
Fakta, angka atau nama boleh direka. Semak dengan sumber asal.
Tajuk artikel dan DOI yang nampak sah mungkin tidak wujud. Cari setiap satu di Google Scholar.
Pengetahuan model ada tarikh tamat. Guna carian web untuk perkara terkini.
Jangan muat naik IC, data responden kajian atau maklumat sulit orang lain.
Integriti akademik
Setiap pensyarah dan kursus mungkin ada peraturan AI sendiri. Tanya jika tidak pasti.
Jika dibenarkan, catat bagaimana AI digunakan dalam tugasan.
Setiap ayat yang anda hantar adalah tanggungjawab anda, bukan AI.
Terima kasih. Semoga ilmu ini bermanfaat.
Kembali ke atas Baca artikel AIED